Status populasi dan pemuliharaan Singa

Singa Asia yang pernah bertaburan dari Mediterranean hingga India Barat Laut, kini hanya terdapat di sekitar Hutan Gir di Gujarat, India. Dianggarkan 650 ekor singa Asia hidup liar.[172][173]

Kebanyakan singa kini tinggal di Afrika timur dan selatan, malah jumlahnya kian merosot pada kadar 30–50% setiap 20 tahun di separuh akhir abad ke-20. Anggaran populasi singa Afrika antara 16,500 dan 47,000 ekor yang hidup liar pada 2002–2004,[174][175] iaitu rendah daripada anggaran 1990-an yang sebanyak 100,000 ekor dan barangkali 400,000 ekor pada 1950. Punca utama penurunan termasuk wabak dan gangguan manusia. Kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia dianggap ancaman paling besar kepada singa.[176][177] Populasi yang tinggal lazimnya terpencil dari satu sama lain dari segi geografi, maka boleh jadi pembiakbakaan dalam, dan akibatnya kepelbagaian genetik menurun.[178] Populasi singa di rantau Afrika Barat terpencil daripada yang di Afrika Tengah tanpa banyak pertukaran sesama individu yang membiak. Jumlah individu matang di Afrika Barat dianggarkan oleh dua tinjauan berasingan pada 850–1,160 ekor (2002/2004). Terdapat perselisihan mengenai saiz populasi individu terbesar di Afrika Barat: anggarannya dari 100 hingga 400 ekor di akosistem Arly-Singou di Burkina Faso. Satu lagi populasi di Afrika Barat Laut terdapat di Taman Negara Waza dengan 14 ke 21 ekor singa.[179] Oleh yang demikian, singa dikira sebagai spesies terjejas oleh IUCN, apalagi subspesies Asia adalah terancam.[178] Tetapi jumlah singa Asia meningkat berbanding singa Afrika kebelakangan ini.[180][181]

Singa jantan bersurai hitam, ditembak di Dataran Sotik, Kenya (Mei 1909)

Pemuliharaan singa Afrika dan Asia memerlukan pendirian dan penyelenggaraan taman negara dan rizab mergastua. Antara yang terkenal sekali ialah Taman Negara Etosha di Namibia, Taman Negara Serengeti di Tanzania, dan Taman Negara Kruger di timur Afrika Selatan. Projek Ewaso Lions membela singa di Rizab-Rizab Negara Samburu, Buffalo Springs dan Shaba di ekosistem Ewaso Ng'iro, Kenya utara.[182] Di luar kawasan-kawasan tersebut, isu yang timbul daripada pertembungan singa dengan manusia dan ternakan selalunya berkesudahan dengan pembasmian singa.[183] Di India, suaka terakhir singa Asia terletak di Taman Negara Hutan Gir yang seluas 1,412 km2 (545 bt2) dan kawasan-kawasan sekeliling di India barat, yang mempunyai kira-kira 180 ekor singa pada 1974 dan kira-kira 400 ekor pada 2010.[184] Seperti di Afrika, terdapat banyak petempatan manusia yang dekat dengan habitat singa menimbulkan masalah antara singa, ternakan, orang tempatan dan pegawai mergastua.[185]

Populariti singa Barbar sebagai haiwan zoo pada suatu ketika dahulu bermakna bahawa singa-singa dalam kurungan seluruh dunia barangkali keturunan baka singa Barbar. Ini termasuk singa-singa di Port Lympne Wild Animal Park di Kent, England yang keturunan singa milik Raja Maghribi.[186] 11 ekor lagi haiwan yang dipercayai singa Barbae ditemui di zoo Addis Ababa, iaitu keturunan singa milik Maharaja Haile Selassie. WildLink International dengan kerjasama Universiti Oxford melancarkan International Barbary Lion Project dengan tujuan mengenal pasti dan membiakbakakan singa Barbar dalam kurungan untuk diperkenalkan semula kelak ke dalam taman negara di Pergunungan Atlas Maghribi.[187]

Rujukan

WikiPedia: Singa http://www.adelaide.edu.au/acad/publications/paper... http://archive.gg.ca/heraldry/pub-reg/project-pic.... http://abc.museucienciesjournals.cat/files/ABC_38-... http://www.bartleby.com/61/46/S0424600.html http://www.beringia.com/research/lion.html http://books.google.com/books?id=t2EZCScFXloC&pg=P... http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA5... http://www.indialivetoday.com/gir-forest-asiatic-l... http://timesofindia.indiatimes.com/city/ahmedabad/... http://news.nationalgeographic.com/2016/04/160418-...